Wednesday, October 13, 2010

张开笔受委社青团全国理事

民主行动党社青团全国宣传秘书黄伟益于2010年10月14日(星期四)在槟城乔治市发表的声明:

社青团全国执行理事会委任亚罗士打区团团长张开笔为社青团全国理事,协助推动社青团在吉打州与玻璃市州的团务。

社青团全国执行理事会是在本月11日召开的会议上,由总团长陆兆福提议、黄伟益附议委任张开笔为社青团全国理事。

张开笔现为亚罗士打市议员、哥打达鲁阿曼支部主席。他在今年8月6日召开的社青团亚罗士打区团常年大会上,击败另一位对手首次担任团长。

社青团希望藉着委任张开笔为全国理事,能够进一步协助社青团在吉玻两州开枝散叶,包括在最快时间内设立州社青团理事会。

截至目前为止,吉玻设有两个社青团区团,即玻璃市州巴东勿刹区团与吉打州亚罗士打区团。
除了上述两个区团,社青团将在不久后推动设立波各先那区团、双溪大年区团、巴东色海区团等。

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan pada 14 Oktober 2010 di Georgetown, Pulau Pinang:

Majlis Eksekutif Kebangsaan (MEK) DAPSY telah melantik Sdr. Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok sebagai Ahli MEK yang baru untuk memperluaskan lagi pengaruh DAPSY di peringkat Negeri Kedah dan Perlis.

MEK dalam mesyuarat yang diadakan pada 11 Oktober 2010 telah membuat perlantikan tersebut atas cadangan oleh Sdr. Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pemuda Kebangsaan dan disokong oleh Sdr. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti Kebangsaan.

Sdr. Teoh Boon Kok turut menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar dan Pengerusi DAP Cawangan Kota Darul Aman. Beliau buat pertama kalinya telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Alor Setar dengan menewaskan lawannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 6 Ogos 2010

DAPSY berharap dengan perlantikan Sdr. Teoh Boon Kok dapat membantu DAPSY untuk menubuhkan Majlis Bahagian di setiap kawasan Parlimen serta menubuhkan Majlis Eksekutif Negeri bagi DAPSY Kedah/Perlis dalam masa terdekat.

Sehingga kini, hanya terdapat dua bahagian DAPSY yang ditubuhkan di kedua-dua negeri ini, iaitu Bahagian Padang Besar di Perlis dan Bahagian Alor Setar di Kedah.

Selain daripada itu, DAPSY juga bercadang untuk menubuhkan Bahagian Pokok Sena, Bahagian Sungai Petani dan Bahagian Padang Serai dalam masa terdekat.

http://www.dapsy.org/?p=659