Sunday, October 25, 2009

SPRM Diminta Siasat Penyelewengan MCA Pendang

DAP KEDAH meminta SPRM menjalankan siasatan terhadap MCA Bahagian Pendang atas penyelewengan dan penyalahgunaan wang peruntukan yang diberi kepada Persatuan Kebajikan Am Manggol Petai dan Persatuan Hua Lian Pendang, Kedah.

Menurut laporan dari laman web dan suratkhabar Guang Ming Daily yang bertarikh 15 September 2009, Persatuan telah menuduh bahawa MCA Bahagian Pendang telah menyalahgunakan nama persatuan tersebut untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan pusat.

Tuduhan mereka ialah:-
(1) Pada awal tahun 2009, MCA Bahagian Pendang telah bertanya pihak Persatuan bahawa adakah Persatuan tersebut memerlukan wang peruntukan dari kerajaan pusat? Atas pertanyaan MCA, maka Persatuan tersebut pun meminta MCA supaya memberi bantuan peruntukan sebanyak RM1,000.00 (Seribu Ringgit). MCA Bahagian Pendang hanya meminta cop rasmi dari Persatuan tersebut untuk menjalankan procedure permohonan.

Pada 19 Julai 2009, dengan terperanjatnya Persatuan itu menerima satu cek bernilai RM 10,000 (Sepuluh Ribu Ringgit) dari kerajaan pusat sebagai peruntukan, dan cek itu telah dimasuk ke dalam bank dan ditunaikan pada 21 Julai 2009.

Setelah cek tersebut ditunaikan, maka pemimpin MCA Bahagian Pendang pun meminta Persatuan tersebut memulangkan RM 9,000 (Sembilan Ribu Ringgit) kepada MCA Bahagian Pendang.

Oleh sebab cek tersebut dibayar atas nama Persatuan, dan menurut perlembagaan persatuan, setiap perbelanjaan yang melebihi RM 500 mesti diluluskan oleh Mesyuarat Agung Keahlian, maka itu lah, Persatuan tersebut terpaksa mengadakan Mesyuarat tergempar, dan dengan sebulat-suaranya ahli-ahli persatuan enggan menurut perintah pemimpin MCA Bahagian Pendang yang memahukan wang RM 9,000 (Sembilan Ribu Ringgit) itu dikembalikan.

Selepas resolution dibuat dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi persatuan tersebut melaporkan bahawa beliau menerima ancaman dari pemimpin MCA cawangan Tanah Merah.

(2) Selain daripada Persatuan Kebajikan Am Manggol Petai, Persatuan Hua Lian Pendang juga menghadapi masalah yang sama dan amaun wang peruntukan yang terbabit ialah RM 14,000 (Empat Belas Ribu Ringgit).

Sepertimana yang dinyatakan oleh ahli Persatuan tersebut, En. Tok Beng Hoe (terjemah), Persatuan Hua Lian telah menerima wang peruntukan sejumlah RM 15,000 (Lima Belas Ribu Ringgit) daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Pelanconbgan, Datuk Seri Ng Yen Yen pada 15hb & 18hb September 2008.

MCA Bahagian Pendang turut meminta Persatuan Hua Lian Pendang memasukkan wang sejumlah RM 14,000 (Empat Belas Ribu) ke akaun MCA Bahagian Pendang.
Persatuan Hua Lian dinasihatkan oleh akauntan bahawa wang peruntukan itu telah disyaki mempunyai unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 25hb Jun 2009, Sekali lagi Persatuan Hua Lian Pendang menerima peruntukan sebanyak RM 10,000 (Sepuluh Ribu Ringgit) dari Kerajaan Pusat tanpa permohonan. Perkara yang sama juga tertimbul, iaitu MCA Bahagian Pendang meminta Persatuan Hua Lian Pendang memulangkan RM 9,000 kepada MCA.

Dalam kedua-dua kes yang melibatkan MCA Bahagian Pendang ini, wang peruntukan sejumlah RM 35,000 disyaki mengandungi unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

DAP Kedah ingin meminta pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap MCA Bahagian Pendang dan sekiranya boleh, menjalankan penyiasatan seluas-luasnya terhadap kesemua bahagian MCA dan juga Menteri yang terlibat untuk meluluskan peruntukan.

DAP Kedah meminta SPRM menjalankan penyiasatan melalui aspek-aspek seperti:-

(a) Mengapakah MCA hanya memerlukan cop rasmi Persatuan Kebajikan Am Manggol Petai untuk menjalankan kerja permohonan ? Adakah cop rasmi persatuan itu disalahgunakan oleh MCA?

(b) Selain daripada wang peruntukan yang disenaraikan, adakah terbabitnya rasiah penyelewengan yang belum diketahui ?

(c) Pihak manakah (atau Siapakah Menteri) yang memperuntukkan wang RM 10,000 itu kepada Persatuan Kebajikan Am Manggol Petai ? Mengapa amaun yang diberi (RM 10,000) adalah jauh lebih daripada yang diminta (RM 1,000) ?

(d) Mengapakah wang peruntukan bertarikh 25 Jun 2009 dari Kerajaan Pusat, yang sebanyak RM 10,000 boleh diagih kepada Persatuan Hua Lian Pendang tanpa pengetahuan / permohonan dari persatuan tersebut ?

(e) Adakah terlibatnya kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri yang meluluskan peruntukan-peruntukan tersebut ?

Oleh sebab Laporan Auditan Negara yang dikemukakan baru-baru ini, menunjukkan bahawa perbelanjaan kerajaan pusat telah jauh melebihi bajet selama 9 tahun (2000-2008) berturut-turut, iaitu dari RM 4.2 billion pada tahun 2000 dan melambung sehingga RM 22.2 billion terlebih belanja pada tahun 2008, maka DAP Kedah membimbangkan dan meminta pihak SPRM menjalankan siasatan, bahawa perbelanjaan terlebih bajet yang amaunnya begitu besar adakah disebabkan oleh terlalu banyak berlakunya kes penyelewengan seperti yang dilibat oleh MCA Bahagian Pendang dan juga pihak yang belum diketahui?

(Laporan dijalankan di Pejabat SPRM Negeri Kedah, Tingkat Bawah, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar pada pukul 10.30 pagi, 25hb Oktober 2009.)
Pemimpin-pemimpin DAP yang hadir bersama ialah: Sdr. KB Teoh (Setiausaha Publisiti DAP Negeri), Sdr Hor Kek Koek (AJK DAP Negeri), Sdr Chow Hooi Pin (AJK DAP Negeri), Sdr Seow Kok Seong (Bendahari DAP Negeri), Pemimpin-pemimpin dari cawangan Anak Bukit, Kota Setar dan Ahli-ahli DAP dari akar-umbi.