Tuesday, July 28, 2009

精彩绝伦电影情节! (不看可惜)

字字珠玑,句句箴言,与您共勉!

證嚴法師說故事 - 買智慧

有一個國家很富有,擁有全天下的東西,但是他們的國王卻仍然感到不快樂,因為他想要的東西都已經得到了,生活中沒有期待,也沒有驚喜。

有一天,他對一位大臣說:「你們到別的國家,想辦法買一種我們國家沒有的東西。」這位大臣心想:「天下所有的東西我們這裡都有了,還要到哪裡找一樣這裡沒有的東西呢?」

不過,國王既然這樣說了,他只好派遣一位貿易商出國尋找。這位貿易商也很煩惱,到底要買什麼東西呢?他到處遊歷,還是沒辦法找到自己國家沒有的東西。

有一天,他看到一位長者坐在象背上,喊著「賣智慧!賣智慧!」他心想:「奇怪,智慧也可以買得到嗎?」於是走過去問長者:「你要賣的智慧在哪裡?」長者說:「能稱重量、量長短的有形之物,價值都可限量,我賣的智慧無形體、無法稱重量、量長短,這才是真正的無價珍寶。」

貿易商說:「那好,我要買,你要給我什麼?」長者說:「我告訴你幾個字:『凡事多思惟,切莫猝瞋怒,今日用不上,必定有用時。』意思就是說,我們要好好地思考人生的真理,時時把道理放在心中,不能一碰到外面的境界就轉動自己的心、粗暴地發怒,如此將後悔莫及。」貿易商聽了覺得很有道理,雖然沒有拿到有形的東西,但是他把那些話聽進了心裡,並且交給長者五百兩黃金,算是「買智慧」的費用,然後啟程回國。

他回到家時,剛好是八月十五日深夜,月光很明亮地照入屋內。他輕輕推開房門,突然看到架著蚊帳的床下有兩雙鞋,蚊帳裡的這兩個人,其中一個是他太太,另一個是誰呢?

他很生氣,拿了一根棍子,正當要衝向前時,突然想到:「我要冷靜點,不能太衝動。」就在此時,一位老婆婆掀開蚊帳走出來,原來是他的母親。

他很訝異地問道:「媽媽,您怎麼在這裡啊!」

「你太太感冒發燒,我是來照顧她的。」

他放下棍子,自言自語地說:「很便宜,真的很便宜!」「你買什麼東西那麼有價值,怎麼一直喊很便宜呢?」他就對媽媽說:「我遇到一個很有智慧的人,我用有量有形的五百兩黃金換來無量無形的智慧。假如不是他教我要時時冷靜,不可衝動,我剛才已做出傷天害理的罪孽了。

※   ※   ※   ※

人生的真理、價值無形無量,如何才能得到呢?必須用心思考道理,時時謹記不忘失,還要將生命的良能盡全力發揮出來,如此才能體會那分心安理得與歡喜自在,這才是人生最珍貴的至寶。

Saturday, July 25, 2009

Justice for Beng Hock Candle Light Vigil - A/Setar










米都声援明福烛光和平请愿晚会于17/7/2009在民主行动党哥打士打支部位于新邦瓜拉新市镇的党所楼下举行. 出席者包含民联三党代表, 包括吾党哥打达鲁阿曼州议员李源益同志及回教党籍之吉打州行政议员伊士迈医生伉俪.

上述晚会于八时四十五分举行前已经受到警方及联邦后备军的干预及警告, 在经吾党代表交涉后, 警方同意通融至九时十分.

和平请愿晚会在九时十五分落幕, 但明福的案件, 几时才能水落石出, 让人民心服口服,让死者得以瞑目呢?




Saturday, July 11, 2009

MEMORANDUM kepada Menteri Besar Kedah

MEMORANDUM


KEPADA : Y.A.B. Dato Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. 

Daripada : Ahli Jawatankuasa Negeri Parti Tindakan Demokratik Kedah/Perlis.

Tarikh : 8 haribulan Julai, 2009

Perkara : Masalah-Masalah dan Isu-Isu Semasa di Negeri Kedah Darul Aman

 

1.0           Mukadimah

Memorandum ini adalah bertujuan untuk mengemukakan isu-isu dan dasar-dasar berkenaan dengan masalah yang timbul dari urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bagi pertimbangan YAB Menteri Besar Kedah dengan harapan YAB Menteri Besar mengambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan semua lapisan masyarakat Negeri Kedah akan dapat menikmati sistem pentadbiran yang lebih adil dan saksama.

Apabila Rakyat Malaysia menyokong calon-calon Pakatan Rakyat di Negeri Kedah semasa Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12), mereka menaruh harapan yang tinggi ke atas satu sistem pentadbiran Kerajaan yang lebih adil, telus, amanah, dan berkebajikan di mana segala hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia akan dibela tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Ini merupakan prinsip universal yang dihargai oleh semua lapisan masyarakat yang tegas menolak kerajaan Negeri Kedah Barisan Nasional yang mengamalkan prinsip diskriminasi serta menindas hak rakyat Malaysia.

Setelah 15 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah Darul Aman, warga Negeri Kedah mendapati wujudnya sesetengah dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah yang tidak megambil-kira kepentingan sesetengah lapisan masyarakat.

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kedah yang merupakan rakan seperjuangan Pakatan Rakyat di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah merasa bimbang dan khuathir bahawa dasar-dasar dan polisi-polisi sedemikian akan turut meminggirkan segolongan masyarakat yang telah memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat semasa PRU-12 yang lalu.

Oleh yang demikian, DAP Kedah dengan ini mengemukakan secara telus isu-isu dan/atau dasar-dasar yang didapati tidak selaras dengan prinsip Pakatan Rakyat yang membela kepentingan semua lapisan rakyat Malaysia.        

2.0 Latar Belakang Dan Isu-Isu Bermasalah

2.1 Isu Kuota 50% untuk bumiputra ke atas projek-projek perumahan :-

DAP Kedah menyeru supaya YAB Menteri Besar mengkaji semula dasar Kerajaan Negeri yang mengenakan kenaikan kuota 50% lot bumiputra ke atas tanah pegangan kekal yang ditukarkan daripada tanah Rezab Melayu untuk pembangunan perumahan.

Pada masa kemelesetan ekonomi global masa kini serta demi pembangunan Negeri Kedah yang lebih pesat dan maju, DAP Kedah merasa bahawa adalah tidak sesuai untuk menaikkan lagi kuota bumiputra (yang pada asalnya 30%) dalam skim pembangunan perumahan kerana ia akan menyebabkan kesukaran dan menjejaskan pembangunan skim perumahan khasnya di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim.

Pada masa yang sama, ia juga akan mengurangkan daya-saing pemaju-pemaju yang terpaksa menanggung kos-kos yang lebih tinggi. Ini juga akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat setempat yang terpaksa menanggung kos perumahan yang lebih tinggi.

2.2 Cadangan Perobohan-Perobohan Rumah-rumah Beribadat :-

Sejak kebelakangan ini, timbulnya banyak isu-isu perobohan rumah-rumah beribadat di dalam Negeri Kedah yang sememangnya merupakan isu sensitif untuk semua lapisan masyarakat di Negeri Kedah. DAP Kedah telah menerima banyak aduan berkenaan dengan Notis-notis yang diterima dari Majlis Perbandaran dan/atau Majlis Bandaraya dalam Negeri Kedah yang bertujuan untuk merobohkan rumah-rumah beribadat tersebut.

DAP Kedah merasa amat gelisah sekiranya isu ini tidak ditangani dengan lebih halus dan sensitif, ia akan mencetuskan rasa tidak senang hati di golongan masyarakat terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang sepatutnya membela kepentingan semua lapisan masyarakat.

Oleh yang demikian, DAP Kedah mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk menangani isu-isu sedemikian dan pihak Majlis Perbandaran dan/atau Majlis Bandaraya tidak harus bertindak secara melulu tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Khas ini semasa menghadapi isu perobohan rumah-rumah beribadat.

DAP Kedah merasakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini akan dapat mengelakkan insiden-insiden di mana Majlis Perbandaran dan/atau Majlis Bandaraya mengambil tindakan melulu tanpa mengambil-kira perasaan dan hak semua kaum untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. 

2.3 Pelan cadangan pembinaan bangunan untuk Kedah Buddhist Association :-    

DAP Kedah juga telah menerima aduan bahawa pelan untuk pembinaan bangunan Kedah Buddhist Association yang masih belum diluluskan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar walaupun permohonan telah dikemukakan sekian lama. Ahli Majlis DAP Kedah yang telah bertungkus-lumus cuba mencari cara penyelesaikan ke atas isu ini yang telah tergendala sekian lama merasakan pihak-pihak berkuasa nampaknya tidak bergiat untuk cuba menyelesaikan isu ini secara sempurna.

DAP Kedah kurang faham dan tidak dapat menerima layanan dan tindakan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar yang enggan meluluskan permohonan pelan cadangan pembinaan bangunan untuk Kedah Buddhist Association tersebut.

DAP Kedah berharap Kerajaan Negeri dapat melaksanakan satu sistem di mana Pelan-Pelan pembangunan yang patut dan boleh diluluskan akan diuruskan dengan lebih baik dan lancer agar semua permohonan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya.

2.4 Perobohan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

DAP Kedah merasa amat kesal dan kecewa terhadap tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar yang merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya walaupun usaha gigih sedang dijalankan oleh semua pihak untuk mendapatkan tapak gantian yang lebih sesuai. Dalam hal ini, DAP Kedah juga bersetuju bahawa tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya kini adalah tidak sesuai lagi dan kami menyokong sepenuhnya keputusan Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan tempat gantian yang sesuai agar pengusaha-pengusaha berkenaan dapat meneruskan perniagaan mereka.

Akan tetapi, kami berasa amat kesal dan kecewa apabila tempat penyembelihan babi tersebut dirobohkan sebelum tapak gantian diperuntukkan. Ini merupakan isu makanan yang harus ditangani dengan lebih baik dan tindakan perobohan  berkenaan telah menjejaskan sumber makanan para penduduk serta punca mata pencarian untuk segolongan masyarakat. Kerajaan Negeri Kedah sepatutnya berpegang kepada prinsip Pakatan Rakyat yang membela hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. 

3.0 Cadangan Kerjasama Peranan Y.A.B. Menteri Besar

Berikut adalah cadangan kerjasama daripada DAP Kedah agar YAB Menteri Besar memainkan peranan utama serta mengambil kira keadaan serta masalah-masalah yang dihadapi rakyat Negeri Kedah. Di antaranya adalah seperti berikut: -

1)         Oleh kerana masih belum diujudnya Sekreteriat Pakatan Rakyat di Negeri Kedah sehingga hari ini, ia telah menimbulkan satu situasi di mana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak ada forum dan/ataupun kaedah yang sesuai di peringkat parti bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul. Oleh yang demikian, DAP Kedah menyarankan supaya Sekreteriat Pakatan Rakyat peringkat Negeri Kedah ditubuhkan dengan secepat mungkin dan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin dari setiap parti Pakatan Rakyat.

2)         Satu Jawatankuasa Ad-Hoc ditubuhkan untuk mengkaji semula dan mempertimbangkan perlaksanaan kenaikan kuota 50% lot bumiputra ke atas tanah pegangan kekal yang ditukarkan daripada tanah Rezab Melayu untuk pembangunan perumahan.

3)         Semua Notis dan/atau tindakan perobohan tempat-tempat beribadat dihentikan dengan serta-merta dan satu Jawatankuasa Khas yang melibatkan anggota daripada ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat ditubuhkan untuk menangani isu-isu dan masalah-masalah berkenaan dengan rumah beribadat ini.

4)         Satu tapak gantian tempat penyembelihan babi diperuntukkan dan/atau diluluskan oleh Kerajaan Negeri agar pihak Kerajaan Negeri dilihat berpegang kukuh kepada janji Kerajaan Negeri untuk memberikan tapak gantian kepada pengusaha-pengusaha yang berkenaan.

5)         Satu tindakan proaktif untuk mempertimbangkan dan/atau meluluskan pelan cadangan pembinaan bangunan untuk Kedah Buddhist Association dengan secepat mungkin.

3.0 Kesimpulan

DAP Kedah amat percaya bahawa prinsip universal Pakatan Rakyat telah dan dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia dan oleh demikian, kami di DAP Kedah tetap berjuang atas prinsip tersebut tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. DAP Kedah percaya kami juga dapat menyumbang kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sekiranya ia juga berpegang dan berkomited kepada prinsip universal tersebut.

Diharap dengan adanya campur tangan, sokongan serta semangat kerjasama dari pihak YAB Menteri Besar Kedah, perkara yang berbangkit ini akan dapat diselesaikan dan semua masyarakat sama-sama dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Kedah Darul Aman. Justeru itu, harapan orang ramai yang telah menanti selama hampir 51 tahun supaya arah-tuju pentadbiran Negeri Kedah akan berubah menjadi lebih baik dan berkesan dapat dipenuhi serta masa depan semua rakyat Negeri Kedah Darul Aman adalah terjamin dan terbela.

Semoga perubahan politik yang diharap-harapkan oleh rakyat Negeri Kedah ini akan menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Y.B. Thomas Su Keong Siong,

Pengerusi Jawatankuasa DAP KEDAH/PERLIS